BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

28 Feb 2012

dreaming

lagu yg ku tgh apply kat blog ku skrg ni,

tajuk dia dreaming by Kim Soo Hyun,
dari cite dream high.

ku suka lirik die,
bg motivasi utk ku,
dan mgkin sahabat yg len. heee.
enjoy 


I was looking at my dream that is being deemed far away,
And I was standing blankly.
I don’t have anything left any more
I thought about giving up everything, but….
I am standing up again

Even today step by step,
I step forward carefully
My heart is full of fears
but it’s an excitement I’m embracing
I am staggering and shaking
But, I step forward towards…
The dream that I am going to meet some day.

As I’m thinking if it’s going to end like this,
A fear constantly comes.
I’m hesitating but….
Deep inside my heart,
There’s an unstoppable beating.
That drags me forward.

Even today step by step,
I step forward carefully
My heart is full of fears 
but it’s an excitement 
I’m embracing I am staggering and shaking 
But, I step forward towards… 
The dream that I am going to meet some day.

Even today step by step,
I step forward carefully
My heart is full of fears
but it’s an excitement I’m embracing
I am staggering and shaking
But, I step forward towards…
The dream that I am going to meet some day.

Towards the dream that I am going to meet some day.

kenangan

kenangan...
aih, kalau dah namanya kenangan harus la benda yg jadik kat kite waktu lepas kn?
sape takde kenangan?
babo ya!!! baik ngaku! ^^
kalau kau takde kenangan, sah2 kau baru lepas hilang memori.
tapi! memang sesetengah manusia kalau boleh,
memori lepas yg ada dalam kepala tu hilang.
kena delete, mcm komputer jugak.

tapi untuk manusia yg tak hilang ingatan lagi.
musti ade kenangan.
yang tabesh nye, kalau kenangan tu mnyakitkan hati.
asal lalu je, tempat tu pernah jadi kenangan.
asal sebut je, perkara tu pernah jadi kenangan.
asal makan je, mula la tacing2 sbb penah jadik kenangan.
antara kau dan dia.
dia dan aku.
aku dan kau.
rase mcm nak telengkan kepala,
ketuk2 sikit biar semua yg xperlu keluar.
macam boleh?















p/s: motip tulis ekceli nak try font baru je. nges3

23 Feb 2012

sekali lagi

bismillah..

lagi sekali ku terasa teruja nak menjalani latihan industri lagi sekali. kalau dulu, ku buat latihan industri atas kampeni pilihan ku senirik; AmanahRaya BHD tapi kali ni ku tak tau ku bakal ditempatkan kat mana. kalau dulu, LI ni utk ku memenuhkan keperluan utk ku grad degree, tapi kali ni utk ku menambah ilmu dalam bidang yang lain sikit dari bidang yg ku blajar, yakni bidang halal.

minggu lepas ku ada ikut kursus operasi dan pengurusan halal kat Kolej Zaba UKM, 10 hari. semuanya berkaitan makanan halal. sungguh ku tak rasa rugi langsung join program under kumpulan perangsang selangor ni. banyak ilmu ku dapat, semelih ayam pun lepas, dapat kawan baru lagik, dan bleh plak tmbh berat 3kg. keh3. alhamdulillah, ini nikmat yang Allah bagi bila xde panggilan temuduga kerja utk ku dari mane2 kampeni. :p

utk kedua kalinya ku risau apa agaknye kerja yang kena ku buat nanti. kalau dulu, ada yang nak bagi tunjuk ajar kat ku. buat kerja pun banyak duduk je. kecuali la masa buat field work, memang pusing penang la ku. heh3. tapi utk kali ni, ku tak tahu apa yg patut ku buat. kalau ikut kata penceramah yang berceramah masa kursus tu, kampeni akan mintak kita sebagai exec hala *eceh!* ni make sure produk yang derang kuarkan memenuhi syarat yang ditetapkan utk dapatkan sijil halal.

rasa macam berat kn? harus la berat sebab ku rasa kalau ku tak habiskan baca semua note yang dibekalkan waktu kursus dulu, memang kelam la hari-hari ku kat tmpt LI nanti. blur xtahu nk buat apa. dan lagi, ku rasa ku kena berdikari kat tmpt LI nanti, harap2 ada member utk bawak berbincang sama. hua! makanya, ku kena musti lagi wajib kuatkan semangat baca semua note tu. *memandang nota2 yg bertaburan atas meja* dari mana nk mula ni? oh, malaysian standard kot?!

korek nota slalu..
so, babai! =p

3 Feb 2012

mbah lanang

dalam bahasa jawa, mbah lanang bermaksud datuk. ku pernah mempunyai seorang mbah lanang yang ku panggil mbahnang.kalau nenek mbah wedok yang di panggil mbaidok. memang kebanyakan orang jawa panggil datuk mereka dengan mbahnang. lebih mudah panggil, ringkas. mbahnang dan mbaidok yang ku ada satu2nya ialah mbah sebelah emak ku. sebelah bapak ku, memang xpernah jumpa sebab mereka dah meninggal sebelum bapak ku kawin dengan emak ku lagik.

dulu, ku selalu di tinggal emak dekat rumah mbah ku. emak ku sambung belajar kat maktab perguruan lembah pantai. maka, ku dengan abang sulungku di tinggal dan dijaga oleh mbahnang dan mbaidok ku. ku lebih suka dan lebih rapat dengan mbahnang ku sebab mbaidok ku seorang yang tegas dan ku anggap garang *waktu tu*. mbahnang seorang yang berkulit cerah, tinggi dan kurus. beliau tak banyak cakap dan baik. mbahnang ku suka melayan cucu2nya lebih2 lagi ku yang sangat manja. ku rasa dulu masa kecik2 *lebih kurang 2-4 tahun* ku lebih manja dengan mbahnang ku lebih dari ku manja dengan emak ku. masa ku kecik2 lebih bersama mbahnang.

ku selalu ikut mbahnang turun sawah sampai berkudis2 kaki ku sebab kulit ku sensitif pada racun2 padi. ku selalu ikut mbahnang jalan2 dengan basikal, pusing2 kampung. kalau ku ketakutan sebab guruh berdentum masa hujan, ke pangku mbahnang jugak ku lari dan duduk sambil peluk mbahnang, ku rasa selamat. kalau kena marah dengan mbaidok, ku lari kat mbahnang. kalau kena marah dengan emak sebab nakal, ku menangis meraung2 panggil nama mbahnang, nak mbahnang! kalau bermalam di rumah mbah dek di tinggal emak pergi kursus, ku tidur dengan mbahnang walaupun akan terjaga setiap malam sebab mbahnang kuat berdengkur. ku tetap suka mbahnang. kadang senyum sendiri bila ingat kisah2 waktu dulu.

tahun 2003, ku tingkatan 4, mbahnang kembali ke rahmatullah. di katakan menghidap barah hati, kemungkinan terlalu banyak menghidu racun sewaktu mengusahakan bendang. waktu dikhabarkan kematian mbahnang, ku sedang mandi pagi di asrama untuk ke sekolah. haritu, 2 oktober 2003 ku tak ke sekolah dan ikut makcik ku balik kampung. sepanjang perjalanan pulang, ku menangis tak berhenti. terbayang-bayang kat mata kenangan ku dengan mbahnang. waktu melihat wajah mbahnang kali terakhir sebelum ditutup kafan, ku lihat wajahnya tenang seperti tersenyum. sewaktu mbahnang sakit, dia duduk bersama keluarga ku. tempat rehatnya ialah di katil ku yang mana sekarang ni ku masih guna katil dan tilam yang sama. kadang2 beliau bagi duit saku kat ku sebelum ku balik asrama. mbahnang sakit tak lama, 2 bulan lebih je. sehari selepas kematian mbahnang, waktu tidur ku rasa bagai tidur bersama mbahnang. sama macam waktu kecik2 dulu.

semalam, 2 feb 2012, ku bermimpi mbahnang ketika ku tidur pagi lepas subuh. ku mimpi mbahnang datang ke rumahku dari pintu belakang rumah. ku lihat mulutnya tersenyum, wajahnya berseri-seri memakai baju kemeja kesukaannya berwarna coklat cair dan seluar slack hitam yang selalu beliau pakai. waktu ku nampak mbahnang, ku terus peluk dia. rasa terlepas rindu yang sangat2 lama ku simpan. tapi, tiba2 mbahnang terlepas dari pelukan ku. ku terkejut dan mencari mbahnang. merata2 ku cari tapi tak jumpa. bila tak jumpa, ku menangis meraung2 persis anak kecil kehilangan permainan, sampai ku baring2 berguling di atas lantai. ku menjerit2 kepada emak supaya carikan mbahnang ku semula. ku mahu mbahnang!

dan ku tersedar dari mimpi seraya terjaga dari tidur. ku masih terbaring atas katil sambil menangis. anehnya, ku terus sambung menangis. tak seperti biasa kalau ku menangis waktu mimpi, bila terjaga serta merta tangisan ku akan berhenti. tapi kali ini tidak! ku terus menangis, hati ku terasa sayu sangat. ku duduk di birai katil, masih menangis. ku lipat selimutku, kemas katil dan masih menangis. ntah kenapa, air mata ku rasa xmahu berhenti. ku keluar dari bilik, memasang tv, menonton rancangan tv, tapi air mata ku terus mengalir tak berhenti. ku pun tak tahu kenapa. ku tak pernah macam ni. emak yang baru keluar dari bilik air bertanya kenapa ku menangis, ku hanya sempat jawab 'mimpi mbahnang'. emak tanya lagi 'mimpi macam mana? mbah cakap apa?'. tak terkeluar suara ku menjawab soalan emak, tapi ku terus menangis. tersedu-sedu!! ku dah tak rasa malu menangis depan emak sebab jarang sangat menangis depan emak.

emak biarkan ku terus menangis. emak nasihatkan, mbahnang mintak dikirim doa tu. banyakkan mngaji sedekah dekat mbahnang dan mbaidok. sayu ku dengar nasihat emak. agaknya semenjak dua menjak ni memang ku jarang mengirimkan doa untuk mbah. maaf kan ku mbah. ya Allah, Kau tempatkanlah mbahnang dan mbaidok ku di tempat orang2 yang Kau redhai.

1 Feb 2012

hutang ooo hutang

bismillah...

aih, letih sungguh ku kerja asik nak mintak orang bayar hutang je. bukan ramai pon orang berhutang dengan ku, tinggal sorang makhluk tu je la. ku tau beliau kerja bukan bagus mana, gaji xbesar mana *ini bukan penghinaan*, tapi beliau WAJIB bayar hutang ku. bukan sikit hoke? sikit sen je lagi nak 2k. yes, dia dah bayar 200. tapi ada lagi 1k ++ kn? kutak kesah la kalau beliau nak bayar 100 tiap bulan. bukan ku mintak bayar sekali harung. kalau beliau buat dengan cara baik, ku pun bukan kedekut sangat nak buat cara baik.

serba salah ku di buatnye. lepas kau bayar sumenye, ak xkn kacau kau dah waima buat2 terhantar mesej kosong. tak akan! haritu ku ada mesej FB wife beliau, mntak wife beliau ingatkan supaya beliau bayar hutang ku. maybe wife beliau mmg know nothing tentang huasbandnye camne, panjang jugak soal jawab wife beliau dengan ku. tanye berapa banyak? bila beliau berhutang? adakah ku kaki penipu untuk mengabiskan harta husband nye? mintak no fon ku supaya senang nak bincang... katanya. kudah tinggalkan no akaun bank, tanpa meninggalkan no fon ku pada wife beliau. gila nak bg no fon? mujur, ku jawab semua soalan dengan baik kesan jawab exam dengan baik tiap2 sem. =p

dah sebulan lebih ku mesej FB wife beliau yang mana that woman janji akan tolong bayarkan. tapi, memang kena dengan pepatah bertanam tebu di pinggir bibir. haram takde!! jadi, ku mintak lagik dengan beliau itu. biasa la ayat ku memang kurang sopan kalau dengan beliau. ku kata "lupe ke ade hutang yg belum bayar? rilek je aku tgk?" ku tahu ayat ku memang jahat, tapi nak buat camne kn? xkan kunak mesej beliau "baby! lupe ke baby ade hutang dengan mucuk??" memang ku tampar diri sendiri sampai lebam la wei!! last2 dia balas "aku xlupe.puas ati ko mnta kt bini aku?ampai la ni aku gaduh.puaskn ati ko?" eh? ingat ku nak kesian sangat ke? memang ego ku tinggi hoke! memang la ku jawab dengan ayat sadis "eh, xpayah nk kongsi hal rumahtangga kat sini la. ak dah bape kali mntk, ko diam je. bkn ak xpnh ckp kn?"

wei, korang rasa ku kejam sangat ke? huaaaa!!! dah ala2 menghancurkan kebahagiaan rumahtangga orang lain pulak. pe pandangan korang? patut ke ku rasa kesian kat dorang berdua? tapi, nanti kalau ku berlembut, kang beliau ingat kutak kisah plak kalau beliau tak bayar duit ku. kunak beli buku camne? kunak jugak beli baju baru *menggetis!* kunak jugak berjimba-ria jalan2 g pulau ke, genting ke! boelh jugak ku buat bayar ptptn ku yang berjela-jela tu!!! ku rasa itu memang hak ku. memang patut pun ku tuntut kn?

haih! ku rasa dunia hari ni makin susah kunak bernafas. sesak dada saje! macam la da hidup lama sangat kn