BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

30 Jun 2012

malam yang lain

mari bercerita...

mulai malam ini, sudah tak sama seperti malam2 yang sebelumnya bagi seorang tati dan seorang ain. sebab tiada lagi seorang bai dilembaran2 tilam yang dibentang. sedih hati ni. tidur bertiga takkan sama rasanya tidur berdua. *bole?* 

mujur malam semalam kusakat bai sampai puas hati. sori bai, sekurang2nya nanti bai nak tidur kat tampin sana, teringat kat kami sekali sekala. dan ku akan ingat itu sampai bila2 walaupun kau dah hampir2 lupakan ku. waaa, sadis!

berkawan, bertahun duduk same takde pun rasa nak bersedih walaupun tahu akan berpisah. sebab ape nak bersedih pulak kan, waktu sama2 la kite mencipta kenangan dan berhikayat. bila terpisah, teringat hikayat yang dicipta PASTI akan tersenyum sendiri. kalau ku, memang begitu.

apepun, pasti yang terbaik kudoakan untuk semua sahabat2 dunia akhirat ku. dimurahkan rezeki, dimudahkan jodoh dengan kekasehati dan dikurniakan barakah berpanjangan. akhir kata *motip?*, kuharap persahabatan ini akan terus kekal dan dirahmati Allah. i love u all, cingu~

25 Jun 2012

harapan baru

bismillah.


esok akan jadi hari baru bagi sa-orang ain. ain dapat kerja kat RHB Bank, atas pertolongan seorang akak ex-housemate yang bagi nama & fon number ain kat agensi mencarikan orang lain kerja. alhamdulillah, this time rezeki ain. 

sekadar gambar hiasan yg teda sebarang motip. =p

kerja apa? kerja kerani je for six month which is ain ganti kerani sana yang cuti bersalin. and ain recommend jugak dua lagi nama housemate sebab agent tu kata ada 2 lagi kosong. hopefully dorang akan dapat gak kerja kat sana. bukan apa, at least ade membe borak dalam perjalanan sebelum dan selepas kerja. kn? hehehe.

dan rasanya hidup seorang ain akan jadi normal semula. bangun pagi2, pergi kerja, buat kerja dan balik kerja. to me, its my normal life than watching dramas all day. aih~ rimas oke walaupun baru semenggu tak bekerja. badan pun jadi malas, berat komfem naik!! and salah satu target sepanjang bekerja ialah menurunkan berat badan. hehehe. apa? takkan tak buleh. ini namenye sambil menyelam, makan megi. wekk!

harapnya nanti dipermudahkan belajar perkara baru, dipermudahkan urusan harian, dapat kerja dengan baik and last but not least dapat get along dengan new colleagues kat sana. kite bekerja bukan hanya nak dapat duit je kan? kalau kita ikhlas mengeratkan silaturrahim, Allah akan kurniakan kite rezeki dari sumber yang tak disangka. amin... 

24 Jun 2012

my english 1

bismillah.

semalam pergi rumah nani. die ada cakap pasal oh my english kat astro. salah sorang muka pelakonnya macam hongki. ku rasa yang budak chinese tu yang dikatanya macam hongki. qiute same la. dan mulai sekarang, ku nak jugak buh english phrase yang ku suka yakni yang kadang2 ada dalam akal nurani ku ineh! hahaha. ok, lets start!


if you know nothing,
it is better for you to keep silent,
just watch the situation from distance,
and only when you understand it,
you can make a sound.


sinis kan?
cuma ku yang paham maknenye.
hihihik...
sekian.

17 Jun 2012

intebiu

bismillah.

oke, esok ku akan attend temuduga kat CIMB. this is the second interview after amanah raya. position exec menceti duit si penghutang. aih, sungguh la kutak tahu ape yang bakal ku jawab esok. ape soklan yang bakal di tanya mungkin jugak la kutahu sebab da cek kat porem. maklum laa, sekarang ni info sumenye ade kat hujung jari.

and now, ku tengah duk stadi sikit2 kemungkinan jawapan yang sesuai dengan soalan yang bakal dikemukakan oleh para penginterview ku esok.

ya Allah, andai kerja kat situ baik untuk hamba, Kau permudahkanlah. andai kerja kat situ takbaik untuk hamba, Kau jauhkanlah. sesungguhnya Engkau Yang Maha Tahu.

yang penting, tawakkal. Go Ain Go!!!

last day

bismillah.


semalam ialah hari terakhir ku dan kawan2 lain buat praktikal kat JAIS. 3 bulan, memang rasa kejap sangat. nak2 bila dah rasa seronok kerja even busy sangat dengan fail yang super bertimbun & fon yg sentiasa berdering.

ku, orang kata jenis tade perasaan. masa berpisah biasenye kawan2 lain akan meleleh air mata at least 2 3 titik. tapi sedih ku kat hati je, biasenye rasa sedih tu takkan sampai ke mata. xpelah, at least ku ada jugak perasaan sedih tu even tableh nak expose. hee

ape pun, betullah orang kata tableh beli pengalaman dengan wang ringgit mahupun dolar amerika. ku bersyukur sangat sebab sempat belajar ilmu baru dan bekerja kat sana. insyaAllah kalau ada rezeki bos mintak beberapa orang sambung tolong kat sana. ku oke je sebab untuk bulan depan, tempat yang nak di inspect sumenye makan sedap2. hua3.

 member praktikal with some of staff

masa besday mekjah propa. hee

dengan wani
nana, ust daus gigi cantik & me

assistant ust daus

jannah, azie

bersama bos!

eh?....... =p

10 Jun 2012

betulkan silap

bismillah,

harini ku dengan beberapa kawan2 kat kL turun hutan melintang bagi memenuhi majlis akikah anak sulung pensyarah kami. gerak dari kL pun dah tengahari, sampai rumah lecturer pun haruslah dah petang.

nak dijadikan cerita, ku ngan kawan2 sampai kat KL pun dah malam. masing2 lapar kot sebab masa kat kenduri tadi masing2 malu nak menambah. ku memang tamau menambah nasik sebab dorang kata ku dah makin gemuk! huaaaaaaa~ perempuan, bila dikata gemuk, rilek di muka tapi sentap di hati oke. heh!

so setelah letih mesyuarat nak makan kat mana, kami pun decide nak makan kat kedai riang-riang. tengah2 duk bersembang tu kami pun bercerita pasal kisah2 lama. tiba2 pulak keluar tajuk bab kenduri kawan2 dan masa tu lah keluar cerita ku bersama2 etun bergaduh dengan ayim sebab bengang pasal kereta. hua3.

sungguh ku menyesal kot sebab terlalu ikutkan hati masa tu. ku ni bukanlah jenis yang cepat sangat ikutkan perasaan, tapi disebabkan masa tu sangat2 bengang (mungkin PMS kot), bengang bergaduh sampai ku block budak tu dari FB ku. masa tu memang rasa puas hati sangat. dan masa tu setan pun dah berpesta ria minum todi meraikan kejayaan dorang. keh3

masa terungkit balik cerita tu, sungguh ku takmau dengar. ku tutup telinga, jolok pakai jari! malu kot. pastu memang ku mintak maap live la dengan ayim. ku harap die maapkan je. ku tau die bukan jenis nak kecik ati sangat. hehehe. memang la pengajaran buat ku, xperlu nak emosi sangat lah kalau bergaduh dengan manusia lain. memang dah perangai die camtu, dikisahkan sangat memang tak bawak kemana la. idup pun jadi payah. kan?

so, pengajaran kat sini kalau pernah buat silap sila betulkan. jangan jadi lagi masa akan datang. orang mukmin takkan terjatuh pada lubang yang sama dua kali. berfikir sebelum bertindak and late is better than never. peace ya!


8 Jun 2012

cerita rumah baru


ku ingat lagi, ku buat keputusan untuk pindah rumah sewa bagi tempoh sebulan. sebulan je sebab kutak mampu nak menampung diri ku sendiri nak berulang dari KL-shah alam. letih gila kot, hari2 menghadap jalan jem bersaorangan. awalnye memang ku macam nak kena pindah ke? rasa macam sebulan tu tadelah lama mana pun, ape salahnye ku bertahan je duk kat pantai dalam tu? kawan2 rumah pun da lame sangat kenal. kawan2 praktikal tu berapa lama sangat la kenal. kalau yang sama kursus halal kat UKM tu memang dah kenal 10 hari. 10 hari beb? takkan kau kenal hati budi masing2 oke. yang dah kenal 5 tahun pun kadang2 kau tapaham perangai kawan kau sendiri.

tapi ku fikir sekali lagi. pertamanya, kos perjalanan ku berulang, minyak ku dah kira dalam seminggu tu paling kuat pun 30heng. tol batu 3 dah 1.10sen sekali lalu, pegi balik 2.20sen. 20hari (hari bekerja dalam sebulan) dikalikan dengan 2.20sen tu bersamaan 44heng. kau kira la sendiri, malas kunak kira. sewa rumah makan minum api air bagai. elaun 500heng je. ini la orang baru nak belajar idup, 500 pun da xpe. tapi bila ku kira kalau ku duk shah alam dengan orang2 yang kutak berapa nak kenal tu, sewa rumah je dah 200. minyak kereta kudah kire lebih kurang separuh la perjalanan ku kalau dr KL. ku congak2 macam lebih kurang je. tapi ku pikir balik, ape salahnya dalam sebulan tu je ku cuba duk dengan dorang. biasa beb, hidup memang ada risiko.

alhamdulillah, oke sangat ku rasa bila duduk kat sini. g giant ngan stadium kulit kerang ni jalan kaki je. memang dekat, tapi sebenarnye bukan tu yang ku nak cerita. hehe. rumah ni memang luas la, apartment kan. memang sesuai la dengan harga sewa dia 1200heng sebulan. ku teringat dekat rumah vista angkasa yang ku dengan membe2 penah kene tipu dulu. luasnye ku rasa sama je atau lebih kurang la cincai2. heh! bilik air pun ada dua, and ku sebilik dengan budak yang paling junior sekali dalam rumah tu. tapi budak tu memang lebih matang daripada ku. nama die farah.

3 menggu ku duk kat sini, minggu pertama ku ingat meter minyak ku rosak sebab bar minyak tak turun2. setakuk pon tak turun. pelik! sampai jumaat baru turun setakuk yang mana biasenye kalau isi 10heng, naik setakuk. means, semenggu baru 10heng duit minyak. tol tade dah. minyak lak tuang2 6 orang. enam orang wei tetiap hari ku sumbat kat tenggiling ijau mak ku tuh. bising gak orang tua tu. hehe. ku doa kan je tenggiling tu sehat sebab kami semua ikhlas g keje. =p

budak2 rumah sewa pun memang oke sangat. duk 3 minggu dengan dorang ni, da bleh rapat macam dah rapat 3 bulan. semua buleh bawak berbincang dan jenis tak berkira. mungkin jugak sebab dah bulan2 terakhir. ntah! kepala semua memang boleh masuk sangat. sama2 masuk air, angin, minyak bagai. seronok! memang pengalaman la duduk dan hidup dengan orang baru. tak semua teruk kan? tapi seronok2 ku kat sini, tapenah ku lupe kat kawan2 KL tau. ku ngan dorang masuk 5 tahun kot. sentiasa ada dalam doa2 ku supaya dipermudahkan jodoh mereka2.

jannah, rakan sebaya, budak ni dah ada master. ada degree ngan master dari ukm. ku kenal mula2 die ni masa ku kursus halal dulu sebab die adalah urusetia. tak sangka plak bleh tempat praktikal sama. budak nampak lemah lembut dan budiman, manja siket. tapi ade gak kadang2 side garang dan ganas die kuar. die adalah saorang ceti dalaman bagi rumah sewa. hehe.

ina, rakan sebaya. bekas pelajar uitm shah alam. budak ye kurus je, tapi berat. die kata die berat tulang tapi die la yang paling rajin buat serapan pagi berbanding ku yang ringan nih. heeee. tak banyak cakap sangat tapi seorang yang serba boleh.

izzah, muda setahun. rupanya budak um jugak, sains gunaan tapi memang tak kenal la kan. tapi muke die agak familiar la bagi ku sebab sama akademi kot. sangat3 ceria happy go lucky. budak2 rumah panggil die izah propa sebab biasenye cerita2 hot kat opis, die tau dulu. mata die tajam walaupun kecik, telinga die peka walaupun bertudung. aktif kat opis, kalau ku tapaham ape2, tanye die, insyaAllah buleh jawab. dan kalau die gelak, die sendiri rasa macam pontianak yang gelak. hesh!

dila, muda setahun gak. lulusan degree dari kaherah mesir dalam bidang syariah. sama batch dengan ku masa kursus halal haritu. masa mula2 nampak die dulu, nampak macam susah sangat nak bercampur dengan orang, tapi bila kau dah kenal, perangai die 75% sama dengan izah. banyak benda tak makan, ceria & kuat gelak. cuma die kurang propa je. hua3

farah, budak yang paling muda antara kitorang. tinggi macam model bak kata nasha aziz. sangat suka masak sampai kami gelar die master chef, open minded dan kelakar. die paling suka kalau mengusik dila sampai la akak die tu menjerit. masa tu die senyuuummmm je tanda puas. selang 10 minit, duk sakat lagi. hadoiiii...

nana ngan wani, bawah setahun, bukan housemate tapi rapat. dorang sama belajar dengan dila. tak sama kursus tapi alhamdulillah sama praktikal. dorang ni ibarat orang yang menjual minyak wangi dan ku sebagai pelanggan yang suka nak cuba minyak wangi yang diorang jual. kalau bab2 agama ni, rujuk je insyaAllah mampu jawab. sama macam dila jugak. budak2 dari sana memang hebat2! bak kata bos, budak belajar kat oxford. tapi derang boleh geng ngan ku sebab perangai lebih kurang.

hmm, tu lah sikit2 kesah berkaitan dengan orang sekeliling semasa yang dekat dengan ku. ku harap ukhuwah 3 bulan ni, akan berpanjangan sampai akhir hayat kami.

cerita tiga bulan

hallo! lama sudah ku tak hapdet cerita kat sini kan? memang tade sape nak membacai blog ku ni. dah bersawang pun tak kisahnye pun adoiii... tapi, kat sini la ku menulis kenangan2 dan cerita2 supaya ku tak lupa. 


sedar tak sedar, dah dua bulan dua minggu ku praktikal kat unit RnD JAIS nih. daripada ku tak kenal siapa2 pun dalam unit ni sampai la almost every person aku kenal nama. ofkos la kn, kalau da masuk 3 bulan tak kenal memang kera sumbang la kau ain. heh! 


dua bulan pertama ku berulang dari pantai dalam ke shah alam. sebulan setengah aku bersama-sama eton berulang. then, rezeki eton dapat kursus jadi exec halal kat KFCH under HDC kat puchong (hebat budak tuh!). setengah bulan bersamaan dua minggu ku berulang sensorang dari kL (ini sadis!). hehe, mujurlah ku ada lagu ft island menemani hari-hari aku. huahuahua. 


jujur, bulan pertama ku kat unit halal tu, sebijik sawi pun ku tak tahu kerja-kerja berkaitan unit halal sebab ramai sangat yang dah involve dalam kerja-kerja halal. maka, ku yang pendiam lagi pemalu ni haruslah buat kerja-kerja sendiri yakni makan dan tidur dalam library. kehkehkeh. nak buat macamana? dah takde kerja kan, mmg buat macam opis abah ku sendiri la. 


and then, ku banyak tolong kak ana (unit akidah) buat kerja-kerja penapisan surat khabar. daripada kerja-kerja mencari isu-isu hot yang berkaitan agama, sampai buat code berkaitan paper (utk letak kat libry), sampai la ku terer dalam hal-hal code buku ni bagai. pasni kalau ade mana-mana individu atau institusi yang nak guna librian pakar, boleh kontek ku eh! kehkehkeh! =p 


then, masuk sebulan setengah yang kedua ku dah mula buat kerja-kerja kat unit halal. baru ku tau memang sangat best la kan buat kerja kat unit nih. bermula ku menolong kawan-kawan lain yang dah lagi dulu menolong exec-exec lain dalam kerja halal seperti tolong tebuk-tebuk lobang, potostet sikit-sikit certain dokumen, tolong cop-cop sampai la ku buleh da faham camane nak masukkan permohonan baru ke sampul kecik dan bukak fail bagai. ku makin aktif involve keje ni lepas ku pindah rumah sewa pada bulan terakhir ku praktikal. ntah, so far ku rasa takde kerja yang boring atau yang tak best sepanjang ku buat kerja-kerja halal ni. 


suasana best, staf-staf pun oke sangat2 dan lagi setiap hari akan ada permohonan halal yang baru tak kira untuk produk, premis atau logistik. setiap permohonan bagi ku mesti ada perkara baru yang ku belajar tak kisah ape pun. dan paling penting, setiap hari akan ada ilmu baru yang ku akan dapat bila duduk dan bekerja dengan staf2 ataupun kawan2 praktikal yang lain. staf2 ofkos la dah banyak pengalaman sepanjang dorang bekerja kat sini walaupun baru setahun kerja. tak lokek langsung nak kongsi ilmu dan pengalaman. kawan2 pun sama, ilmu setiap hari masuk ke dalam otakku, seronok! 


sebenarnya sangat2 banyak benda ku nak royankan kat sini. nak buat list-to-royan. tapi cam bese la, macam la ku ni rajen sangat. entry ni pun ku tulis dari jam 9 malam sampai kul 6 subuh. mana taknye, menaip sambil tengok cerita kat tv. pastu g kuar inspection lak sampai lima setengah. hua3. memang tak tidur la kan, pagi kang ku nak menggila kat opis. abes laaa. oh, fyi, entri ni ku tulis dari 6 jun sampai 7 jun. kat opis waktu rehat kang baru ku aplod, bese la intenet opis leh bukak menda2 lagho ni waktu rehat jah. ngesss. insyaAllah kalo ku rajen, ku apdet la entri baru. ngesss. _red.eye_