BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

15 Jul 2012

ramadhan

bismillah..

tinggal beberapa hari je lagi nak sambut bulan Ramadhan. Allahuakbar, sekejap sungguh rasenye. lemak raya tahun lepas pun tak abes kikis lagi.

bercakap pasal bulan Ramadhan, ku teringat satu kisah. kalau tak silap masa tu tahun dua belajar, sebab masa tu sudah ada motor. kami student muamalat pergi ke rumah ustaz wahab, lecturer kami. ustaz ada buat majlis berbuka puasa kat rumah dan jemput kami sekali walaupun sebenarnya kami yang sibuk nak datang.

masa kami datang, rumah ustaz nampak meriah sangat. ada gantung-gantung belon kat dinding. bagi manusia biasa berakal biasa-biasa seperti ku ni, berfikir mesti ada sambutan hari jadi sape2 ni. dan ku panggil anak sulung ustaz, darjah dua kalau tak silap masa tu. namanya Khadijah. ku tanya Khadijah, "sambut birthday siapa ni?". Khadijah jawab, "bukan sambut birthday, sambut Ramadhan".

ku? harusla malu gila. kawan2 yang duduk sebelah ku masa tu sumenye ketawa. ku sengih je sampai rasa nak balik masa tu jugak. ku sangat tabik pada ustaz wahab dan isterinya yang mengajar anak2nya memuliakan bulan Ramadhan. ku yang masa tu sudah berumur 21 pon sambut ramadhan biasa-biasa saje. tarawih dan tadarus.

insyaAllah, ku harap mutu amalan ku dan kawan2 yang ku suka semuanya meningkat setiap tahun. ikhlaskan hati berpuasa demi membersihkan hati yang hitam pekat, mulut yang busuk seperti nasik basi (mulut jahat), akal yang kotor dan nafsu yang serakah. insyaAllah, jom le kita sambut Ramadhan kali ni dengan lebih meriah.

ku sudah lap tingkap. seronok walaupon sorang-sorang. sebab memang tinggal sorang2 je. hehehehe. I am welcoming Ramadhan and hopefully can stay until the end. amin...

10 Jul 2012

baik

bismillah...


ku tak pernah lebih baik daripada orang lain,
tapi ku cuba yang terbaik.


ku bukanlah orang yang baik,
tapi ku mahu menjadi baik,
dan sedang berusaha menjadi baik.


berusaha berubah ke arah yang lebih baik,
walaupun agak terlewat,
lebih baik daripada langsung tidak mahu.


dan sekarang,
sedikit selesa dengan perubahan ini,
dan akan berusaha lagi, dan lagi,
untuk menjadi lebih baik


insyaAllah~

5 Jul 2012

demi hutang!

bismillah, jom berhikayat~

Ain sudah tekadkan hati. Kerja kali ini mesti ada bajet bayar hutang. Hutangnya yang sudah keliling pinggang, besar pula tu. beribu-ribu. Sudah banyak kali Ain bekerja. Di Amanah Raya sudah. Menjadi pembantu penyelidik yang sungguh dirasakan seksa itu pun sudah. Tapi hutang Ain satu sen pun belum terbayar. 



Ain risau sebab asyik memikirkan hutangnya yang belum terbayar. Lagi runsing kepalanya bila mengenangkan orang yang berhutang padanya. Setiap kali lepas solat, Ain amalkan doa supaya orang yang berhutang kepada kita akan bayar hutangnya. Doa itu Ain dapat daripada ayahnya. Ayah Ain dapat doa tu dari ustaz Ismail Kamus. Mudah2an terbayar hutang tu, sebab kalau dapat Ain nak bayar separuh daripada duit tu untuk membayar hutang Ain pula.

Ain sudah siapkan kira-kira. Gajinya yang seciput sebagai cleaner itu sudah ditolak dengan semua perbelanjaan malar dan perbelanjaan berubah *ini istilah budak ekonomi + sains*. Contoh perbelanjaan malar: sewa rumah, tambang bas dan internet. Perbelanjaan berubah: makan, memboros mengikut nafsu dan sebagainya. Dan mulai gaji pertama *insyaAllah*, akan bertambah senarai perbelanjaan Ain yakni hutang PTPTN.



Memang sudah ditakdirkan Ain terpaksa berhutang demi melanjutkan pelajarannya. Takkan nak menyesal sebab sambung belajar ke peringkat yang lagi tinggi kan? InsyaAllah, masih sedar bahwa hutang masih jugak wajib dibayar. InsyaAllah, masih boleh menyimpan walaupun sikit. Biar lah Ain mengikat perot sedikit, lagipun kawannya ramai yang kata Ain sudah tembam. Harap2 dapat la turun barang sekilo dua. Huahuahua...

Sekian sesi hikayat kali ini...

1 Jul 2012

mak oh mak

"mak, keknol pegi dulu ye". mak jawab "yelah, hati2 nol. nanti dah sampai sms mak ye!". bila aku dah naik bas, kereta mak dengan bapak bergerak balik. haa, biasenye mase2 macam ni la air mate aku dah bergenang2 kesayuan. bukan tak biasa, dah masuk tahun ke 5. mengada2!

semalam, hari sabtu, aku balik kampung. saja nak menjenguk orang2 kampung plus aku memang nak pulangkan kereta mak yang aku dah pinjam tiga bulan. sampai2 rumah, aku letak barang2 dalam bilik. penat! penat memandu 3 jam berterusan plus penat bercakap dengan tati. aku baring dekat  katil sambil tengok syiling.

waktu tu mak masuk bilik aku. tiba-tiba terkeluar soalan cepu emas yang dah letih aku dengar. "bila nak bertunang nol?".. aduuhhh, ape mak ni. dengan malas2 aku tanya balik kat mak "kena bertunang ke?". harap2 mak faham dan takkan tanya lagi. "eh? nak kawen terus ke?".. ya Allah mak!! terkedu aku dengar soalan tu. terus aku duduk, aku pandang muka mak. "nak kena kawin ke mak?" aku tanya. rasa nak gelak pun ada. berdebar2 pun ada. "mestilah! kan sunnah tu". aku diam je dengar soalan mak.

petang tu mak ajak teman pergi pekan. sungai besar la yang paling dekat pun. nak cek duit tukang kebun katenye, takpe la aku bawak je la mak pergi sana. lepas tengok duit tu, dia ajak pergi kedai baju. oh, baru gaji rupenye. bila jalan2 dekat baju kurung yang dah siap, kami pun duk belek la baju mana yang cambest di mata masing2. tiba2 mak aku panggil tunjuk 1 baju. cantik sangat. "nanti enol nak sarung cincin, mak belikan yang camni je. senang, dah siap. cantik pun cantik!". dusss!! tak abes lagi rupenye angan2 mak aku. yang takbest nye disini ialah, aku yang tak sedap hati. adoiiii...

batul kata wak aku, umur2 anak dara macam aku ni, mak2 memang dah risau kalau anaknye belum kawin. jangankan kata kawin, pakwe pun takde. aku? jawapan aku mudah. aku serik! setakat ni, malas nak layan soklan2 macam tu. tak kisah la daripada siapa pun. kalau ditanya, senyum sudah. ingat cari laki ni macam beli buah2an tempatan kat pasar ke? buah2an yang senang nak jumpa dan ada kat semua tempat. bukan aku memilih sangat pun. cuma taknak perokok dengan penipu je. 

kalau kahwin tu sunnah, membunuh diri tu haram. contoh, kalau kita dah tau bakal suami adalah perokok tegar, at least mintak berhenti sebelum kawin. kalau taknak, aku rela tak kawin der. dah tau asap rokok tu akan bunuh kita perlahan2, buat ape duk lagi dengan perokok kan? bagi aku, itu termasuk dalam suicide. thats just my two cents. dan kalau penipu, kalau dah kenal 3 @ 4 bulan, dah buleh detect dah sikit2. bagi aku la. terlalu susah hidup kita bila dah terjumpa penipu ni. aku dah pernah rasa.


ntah, sekarang dah macam takde feel lagi ke arah tu. mungkin setahun dua lagi ada. mungkin. biarlah masa yang tentukan, harap mak boleh faham dan sabar.