BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

7 Aug 2015

dia itu

dia itu, suami aku yang sangat aku sayang.
sayang dia pada aku, aku tak tahu. hanya dia dan DIA yang tahu. sebab hanya sekali dia kata sayang. aku tak banyak mengharap, asalkan aku ikhlas memberi.

dia yang kadang aku anggap sebagai bapa. bergantung harap, mengadu sakit pening, meminta perlindungan, mengharap belas kesian, merengek minta makan, mengongoi menangis di bahunya waktu sedih.

dia yang kadang aku anggap sebagai teman. ketawa, merajuk, marah dan mengusik. teman meminta pendapat. teman membuat hikayat. teman waktu kebosanan (ini kes aku membuli). ada bersama waktu aku kebuntuan.

dia yang kadang aku anggap macam bayi. suka nak manja. selalu aku ulit2. selalu di gomol2 sampai naik rimas. selalu teringat makan pakai. teringin nak suap makan dari awal sampai habis tapi tak pernah keadaan tu kena. hehe.

terima kasih abang atas semua rasa ini...
i do love you very strong!

7 May 2015

setahun ini

Bismillahirrahmanirrahim.

hampir satu tahun aku tak menulis di sini. sebab banyak kekecewaan je yang aku tulis. terasa asyik sedih je, padahal banyak lagi kisah bahagia.

dalam masa hampir satu tahun yang singkat ni, macam2 benda yang jadi kat aku. aku hampir putus asa dengan orang yang datang dalam hidup aku, tapi terasa tak dihargai pun. aku hampir2 buat keputusan nak berpisah sebab aku rasa buang masa dan dia pun tak ada jawapan yang pasti lagi meyakinkan buat aku. so, apa lagi yang aku patut tunggu kan? walaupun aku sayang sangat kat dia, aku harus fikir diri sendiri dulu. sakit pening aku nanti siapa nak kisah?

waktu aku hampir buat keputusan muktamad, dia sampaikan hajat untuk melamar aku jadi isteri dia. waktu tu aku dalam bilik aku di rumah sewa tersedak, terkejut. sebab waktu yang kami ada sangat singkat. aku tahu adik dia akan kahwin bulan 12 tu, hujung2, 21 december 2014. 17 november 2014, pukul 10 malam dia bagitau aku ayah dia contact bapak aku nak datang rumah meminang. memang aku terkejut, speechless. majlis akan berlangsung sekali dengan adik dia. macam mane?  padahal aku tengah timbang2 nak tamatkan hubungan kami. dalam stress, aku happy jugak. dia memang yang unpredictable, susah nak faham, susah nak jangka tindakan dia. mujur la memang itu harapan aku, so aku terima je.

masa nak kawin, dia tak ada duit. banyak dia keluarkan untuk family dia. aku ada je duit, tapi takkan nak bagi dia?  saje je, masa ni la nak tengok tahap tanggungjawab dia kn?  hehe. alhamdulillah, dia mampu buat walaupun tak seberapa. memang mak bapak aku tak kisah pasal hantaran. aku pun tak kisah. benda nak jadi senang kn?  kenapa yang susahkan?  yang penting, yang wajib kena selesai. hantaran aku RM5000. cukup la tu. yang penting, settle.

hujung minggu tu kami tunang, dua minggu lepas tu kami nikah. 7 december tarikh tu. bapak aku yang offer tarikh tu, sempena birthday anak perempuan dia ni. aku pun okay je, kira tayah nak tagih hadiah birthday dah. da dapat dah dak busyuk sorang. heeee. alhamdulillah, bapak aku yang nikahkan dengan sekali lafaz aku sah jadi isteri Nur Hafies. aku tak dengar pun lafaz tu since memang suara dia jenis perlahan. nikah kat masjid sungai nipah, takde la nak brides maid ke, microphone ke waima bantal alas pengantin pun takde. itu semua bukan syarat sah atau syarat wajib.

tak tahu kenapa, walaupun aku dah biasa dengan dia, selalu borak, selalu jumpa, lepas nikah rase feel dia lain sikit. segan, kekok pun ada. mungkin orang kata inilah nikmat nikah. padan muka syaitan, aku dah kawin. hehe.

nanti sambung lain.