BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

2 Jun 2014

bersediakah aku?

bismillah.

bersediakah aku?  bersediakah kamu?  bersediakah kita? menghadapi perubahan dalam hidup?  menghadapi kekurangan yang mungkin terjadi. mengharungi penambahan yang bakal berlaku.

tadi, dia bawak aku makan. katanya makan dengan family beliau. aku?  ingat dia kelentong je. ingat aku takut?  nak suruh aku gabra?  kemon la, ini enul okay. lepas dia pick up aku kat rumah sewa, dia patah balik rumah beliau. nak amik mak ngan ayah?  oh.. my.. Allah.. ini betul2 ke?

aku gigit jari. cuak. 'kenapa tu?  cuak la tu?'. dia membahan aku. 'mana ada la, biasa je'. ingat aku nak mengaku kalah?  baaaapak ah. memang dapat detect pun. aku gigit jari. aku gigit kuku. aku da la posa tadi, tak sempat pun nak minum, dia da datang ambik. perot betul2 kosong  tambah lagi dengan cuak. rase nak kentut berirama je rasa. adoiiii...

sampai je rumah dia. okay. aku gabra!  sumpah aku gabra. tapi dapat dikontrol. kot tak, mau mak die rasa seperti di sumpah oleh princess elisa dek sejuknya tangan aku ketika bersalam dengan beliau. yang aku mampu buat, sengih cam kerang busok. mengunci mulot daripada menjadi terlalu ramah. dan berdoa supaya perot tak berbunyi rentetan rasa lapar yang menular dan menjalar. jatuh saham oiiiii.. jauhnya rasa tempat makan itu, walaupun hanya kat kelana jaya.

dah sampai kedai. bapak dia mintak aku duduk berhadapan dengan beliau. dia akan duduk sebelah aku. ok, rasa lega sikit. tengah syok layan keletah anak2 buah dia, tempat duduk bertukar. mak dia duduk sebelah aku. sebab nak bertanya2. oh yeah. menjawab la nampaknye. aku duk pandang bawah meja je. malu la gile. hikss

memang aku jadi pendiam la sepanjang 2 jam setengah tu. seksa rasenye bila tak dapat bercakap. aku ingat bole la bergosip cam jumpa makcik2 flat ni. langsung, hilang idea. mujur la makan sampai kenyang jugak. malu kalau, lapar la jawabnye. haha

hai, dah la. malas aku nak mengenang dah. ape nak jadi pon, jadi la. nak terima je, nak reject ke. aku akan cuba terima semuanya dengan hati yang redha dan lapang dada. mudah2an semuanya baik2 belaka. (^_^)

23 May 2014

JODOH BERDUA

"Ainul, what is you preference??"

"Pei Wen, what do you mean??"

"I introduce you one nice guy. kawan malay I.  You mau x?  dia biase saje. very cool guy. dia tak tinggi. tapi smoker. You okay x??"

"oh?  takpe, you hold dulu. nanti I update"

immediately she make a call

±+++++++++++++++++++++++++++++++++++

ini soal jodoh. dalam ofis, team aku especially. sebenarnye lagi ramai yang bujang daripada yang dah kawin. okay bila kira balik, sama. 8:8.

tapi aku jugak yang jadi mangsa match maker mereka2 yang sangat kuat bergosip tuh. sebab mungkin aku pernah kata, untunglaaa dah ada laki. sekali je seingat aku. lepas daripada tu, memang giat la dorang matchingkan dengan entah siapa.

#ada budak baru joint our team. dorang kenen, aku rijek. hadik2 sangat. lagipun, satu team tak boleh kawen. sorang kena pindah team lain. no way

#ada orang anta wedd invitation, Ainul you lambat la, dah ada orang kebas. assistant manager tuuuu~ haiyaaa...

#budak system (read:budak laki) tanya aku beberapa perkara yang memaksa kami untuk membuat perbincangan. makin giat!  yang direct cakap aku single. yang ejek buat idung gajah. budak system pon malu terkelu. *motip kau??!! *

#eh, abang team sebelah tu suka kacau you lah. I think dia interested dekat you la. *abang tu sape lalu depan dia, kompem kena kacau. takde orang lalu kalau, die bangun pegi kacau orang*

#hey lina, you ada adik bujang kan?  kasi la ini budak. mana tau bole match? mana gambar?  kasi tunjuk sama Ainul. you ambik gambar Ainul, kasi tunjuk sama you punya adik

#awak memang tak pernah bercinta ke?  mak awak tak pernah tanya ke soal kawin ni? -kak, pernah tengok cerita The Lucky One?  saya lebih kurang camtu la. bhahaha

#awak akan gembira ada kakak ipar seperti saya. saya tak kisah pilihan adik saya. adik saya kerja biasa je. tapi shift, seminggu siang seminggu malam. bertanggungjawab. solat cukup. bla.. bla.. bla..

++++++++++++±+++++++++++++++++++++++

"Ainul, sudah habis kena jual? "

"you buat bisnes ka amoi? "

"bukan la. kawan I yang I nak introduce dekat you tadi. sudah kahwin last two month woo"

"okay, I see. then, next!! "

kadang2 aku penat dengan semua ni. kalau baik mood aku, aku layankan aje. kalau malas, sengih je la yang mampu. biarlah orang kata apa. biarlah orang nak buat apa. asalkan tak mengganggu kitaran utama hidup aku. untuk dijadikan perencah tambahan dalam hidup, aku terima seadanya.

bukan tak pernah cuba. bukan tak pernah usaha. sendiri usaha. mak usaha. pakcik usaha. belom sampai masa, walau sudah sampai seru. belum sampai lagi titik E dalam curve hidup aku. rilek. just live your life macam biasa. doa sudah. usaha sudah.

tapi, mungkin belum cukup banyak doa. mungkin belum kuat usaha. kadang2 naik malas, jemu dengan perangai manusia kaum bukan sejantina ni. sampai pernah terlintas dalam kepala, don't trust man even after you married. this is all risk!!  mungkin sebab tu, semua ini jadi susah. aku yang pesimis sebenarnya. biarlah~

20 May 2014

siapakah gerangan??

siapakah gerangan beliau itu??

aku ada perasan satu budak. entah budak, entah sebaya, entah lagi tua. tapi mungkin bawah sikit dari aku. selalunya aku nampak dia dekat surau.

aku selalu tengok budak tu. aku suka tengok budak tu. muka dia. kening dia. bentuk badan dia. boleh kata perfect. jerawat, orang kata pemanis muka. dia tak lawa, tapi dia manis. sound like aku ni lesbian kan?  giler kau?  i am NOT!!!

muka dia, mula2 aku perasan macam isz. isz adalah one of team mate aku. senior in scope. and sifu aku sebenarnya. aku rasa style dorang sama. bentuk muka pun sama. mula2 aku ingat dia kembar si isz tu. tapi setelah beberapa ujikaji dibuat, aku yakin dorang takde kena mengena.

dari semasa ke semasa, aku perhatikan je budak ni. dia adalah budak yang freehair yang selalu aku nampak kat surau. selain si galah yang macam kwangsoo tu. ye, dressing pun macam orang freehair yang mempunyai bentuk badan sportwoman. blause pendek takat atas punggung dan seluar slim fit yang memang exactly fit actually.

last month, aku rasa perang kat rambut dia macam dah tak banyak. makin pudar orang kata. then, aku macam dah lama tak nampak dia. maybe aku pun uzur, tak naik surau. kalau tak salah aku, khamis lepas aku nampak dia dalam surau. lepas je solat dia ambik kain depan sejadah dia.

ya Allah, dia da start pakai tudung. aku nampak dia terkial2 pakai tudung. hembus nak bagi awning tu cun, jangan kira la. bagai nak meniup belon panas naik ke udara. tapi, dia cuba jugak. and hasilnya, memang dia sangat lawa, cute. aku memang da ringan sangat mulut nak puji dia. tapi tak jadi sebab ramai orang. lain kali mungkin.

harini, aku nampak lagi budak tu. blause labuh sikit daripada kemeja yang dia selalu pakai. and pinky. comel siut. aku tak tau la kenapa, aku yang bahagia. hahaha. cam pelik gak senanye. well, berharap sangat one fine day aku boleh borak dengan beliau. bukan salah kalau menghubungkan silaturrahim. tak gitu??

17 May 2014

ice breaking

bismillah.

saje je nak menulis. actually menaip. apa guna ada blog kalau dibiarkan berhabuk. krik krik krik.

masa masa macam ni, jam 0109. mata tak boleh pejam. kepala fikir macamacam. teringat kat family. fikirkan perihal diri sendiri.

apa bapak tengah buat?  mak dah tidur ke?  abang okay ke kat Kelantan sana?  kurik ada masalah lagi ke dengan duit?  macamana preparation zaki nak spm?  nurul duk buat kek lagi ke walau dah tengah butabuta malam?  lutfi masih tengok video ke kat hanphone walau disound warden? hassan da masuk ke belum kt sekolah baru?

aku ni, da tengah tahun 2014. apa tabiat baik yang aku da tambah. apa amalan yang aku dah improve?  ape perkara mazmumah (errrr~) yang aku dah reduce?  ape pencapaian kerja yang aku da dapat?  bila zaman bujang nak berakhir?  sempat ada anak tak sebelum mati? layak syurga ke masuk neraka? redho ke mak bapak terhadap aku?

Allahurabbi. banyak lagi yang kena repair. banyak lagi yang kena adjust. ada lagi yang belum mula. ada benda yang patut diakhiri. mudah2an kuat dan tabah.

love yourself baby~

14 May 2014

rindu yang dahulu

bismillah

masa ni aku duk dengar lagu Masih Mencintainya. fuhh, memang layan gile. memang aku suka dengar lagu putus cinta ni, sebab tu susah nak lekat jodoh. agaknya la.

well, bila dah layan perasaan camni. aku jadi rindu zaman aku single. I mean, hidup tanpa ada so called 'boyfriend' atau abi atau papa atau whatsoever lah. anyway, sekarang pon aku single lagi (read:  bujang).

aku rasa rindu dengan hidup aku yang dulu, zaman sorang sorang dulu lebih tenang, lebih aman dan lebih bahagia. selalu bahagia. aku hanya fikir apa yang aku nak buat hari ini, gamble je pegi mana2 keluar dengan sapa sapa. bila mak aku tanya pasal perjodohan, senyum senyum saje aku menjawab. fikiran aku relax. macam angin sebelum hujan. sejuk dan damai.

bercinta?  kau bermain dengan perasaan. ya, kau bahagia. tapi sekejap saje. listen, sekejap saje. ini bagi aku. bila kau ada dengan dia sahaja kau akan rasa bahagia tu. itu pun kalau tak ade krisis. kalau tengah krisis, harus la perasaan nak melanding kaki dan tangan di wajah pasangan tu ada. kalau kau tak kuat hati, tak teguh perasaan. mungkin kau boleh kecundang.

kalau berjauhan, asyik nak fikir apalah yang dia buat sekarang. hati asyik tertanya, aslikah kasih sayang dia?  tulenkah cinta dia terhadap kau? setiakah dia sahingga ke hujung hayatnya?? nak nak jenis pasangan  yang jenis tak berapa nak layan, bole meroyan. kalau asyik difikirkan, boleh jadi benak.

jalan mudah yang kau patut ambik, buat tak tahu. jangan stalk fb beliau. jangan tengok last seen beliau kat whatsapp. sibukkan diri kau. semakkan kepala kau dengan benda lain. tengok concert ft island yang dah kau download. solat. ngaji. banyak istighfar. doa moga dimudahkan segalanya.

doa moga ditemukan encik pelengkap hidup. kalau sempat. supaya hati kau lebih damai. fikiran lebih tenang. perasaan lebih bahagia. hidup ni sekejap. carilah bekalan buat pendamai diri di hidup yang abadi.

ighfir dzunubi Ya Rabb.

13 May 2014

12.05.2014

bismillah..

harini keje aku mengantuk. badan penat. tak puasa. sebab malas. sebab letih. sebab serabut. sebab tak sempat. ini semua alasan. okay, esok 13may14, aku puasa.

sabtu pagi 10may14, sepatutnya aku dah ada kat kampung. tapi aku kena kerja. tengah kerja, lutfi (adik no 4) call suruh ambik kat Kajang. hujan lebat. jalan jem. memang menguji kesabaran.

ahad malam 11may14, lepas maghrib nak balik KL pon jalan jem. banyak kereta. masa2 aku nak cepat la macam2 hal jadi. memang nak suruh aku jadi lagi penyabar ni. dah sampai Kajang, sesat barat. maklum tempat baru. malam pulak. Allah~ memang penat.

penat badan. penat otak. penat perasaan. tu sebab aku tak puasa harini. alasan!

9 May 2014

kesekian kali

sudah beberapa kali ini terjadi,
kaki tersepak tunggul kayu,
bila luka pasti berdarah,
ku rawat sampai baik.

walau sudah tak berdarah,
luka di kaki masih nampak,
nampak ada cacat sedikit,
tapi tak mengapa, tiada yang sempurna.

walau kaki sedikit cacat,
tetaplah perlu membawa diri,
semakin sembuh luka,
semakin lajulah kaki membawa diri,
ke sana ke mari.

kali ini,
tersepak tunggul kayu lagi,
kaki berdarah kembali,
sakit kali ini cukup dalam,
sampai tak mampu menangis.

moga2,
cepatlah luka dan sakit ini pergi,
agar aku biasa kembali berlari,
mencari diri menuju Ilahi

pasrah.. oh~

17 Apr 2014

tanya

Soalan dan Pertanyaan.

manusia bertanya kerana tidak tahu.
manusia bertanya untuk menguji.
manusia bertanya untuk berkongsi.

bertanyakan soalan.
soalan direct.
soalan berselindung.
soalan berliku liku.

baru hendak bertanya, sudah disergah.
soalan di kepala sudah bersepah.
hasrat hendak bertanya tiada sudah.
kelak, jangan kau tanya soalan aku apakah??

sudah tiada hati ku nak tanya.

13 Jan 2014

duaribuempatbelas

bismillah.
ape yang ada pada dua ribu empat belas?  macam2 ada. apa yang aku mahu pada tahun dua ribu empat belas?  tak banyak.

aku mahu, mak bapak aku sehat sentiasa. aku mahu jadi orang yang selalu bersyukur. bukan ke kalau bersyukur tu Allah akan tambahkan nikmat dan rezekiNya?  aku mahu iman yang lebih baik. hidup yang lebih baik (ini sesuatuuuu sangat.. haha)..

aku mahu kawan2 aku semua sehat n murah rezeki. aku mahu orang sekeliling (yakni jiran tetangga serta opismate juga housemate) bahagia selalu, murah rezeki.

apa yang aku pasti, andai tahun ini tahun terakhir aku hidup didunia, aku mahu aku tetap dalam iman dan Islam. amin ya Rabb~