hari ini hujan lagi.. ntah yang ke berapa kali hujan.. belum kira hari2 semalam punye hujan.. aku suka hujan.. angin yg bertiup daun2 & debu2 sebelum hujan, sejuknya tempias air hujan tika melihat hujan kat tepi tingkap, dan wanginya bau daun basah lepas hujan..
sebelum hujan turun,
ketika hujan turun,
selepas hujan turun,
aku menanti,
dan tersentak.
seminggu dua ni, tak kira siang malam hujan turun mencurah2.. hujan akan turun pada kadar yang sama di dunia ini pada setiap tahun, itu yg aku tahu masa tengok national geographic di astro yg aku tumpang dari rumah jiran.. kalau hujan turun pagi, tergendala la mak nk sidai kain.. bila hujan tengahari, kelam kabut la aku angkat kain kt jemuran.. bila hujan turun malam2, mmg sedap tido sampai liat nk bangun subuh..
siang dah berlalu,
malam dah sampai penghujung,
aku terus tersentak,
kucari-cari kamu,
cari di sana sini,
tapi tak jumpa...
aih~
14 Sept 2011
hujan
by aien pada jam 2:41:00 pm