ini adalah kisah benar yg terjadi pada pagi selasa (25.10.2011)
hari itu, aku ternampak dia. dia senyum kat aku, lalu aku balas senyumannya. manis sangat. aku tahu hati dia gembira nampak aku sebab jelas tergambar melalui raut wajahnya dan keikhlasan senyumannya. dan aku juga tahu hati aku sangat senang berjumpa dengan dia (sebab hati aku, mmg la aku tahu). ade sikit perasaan terkejut sebab memang sangat aku tak sangka pertemuan indah dengannya pagi ini.
seharian kami berjalan-jalan, bergurau senda, berbual panjang tentag kehidupan dan makan bersama. hati aku tertanya2, tidak sibukkah dia? aku sangat tahu jadualnya memang sangat padat setiap hari. kadang2 dia sendiri tidak dapat berehat sehari suntuk kerana kesibukan hariannya sebagai main vokalis sebuah band yg digilai ramai. dia hanya tersenyum. bibirnya tersenyum. matanya juga tersenyum. aku sudah tak mahu tanya apa2, kerana aku faham maksud senyuman dia.
entah macam mana, tiba2 aku dan dia seperti baru tersedar. kami seperti baru dibangunkan dari tidur. di kawasan lapang. hanya kami berdua dengan kedudukan kaki kami saling bersilang 90 darjah (mcm jam pukul 9 tepat gitu). malas sangat rasenye nak bangun masa tu. tapi dia pegang tapak kaki aku dan geletek mengusik supaya aku lekas bangun. berderailah tawa aku dan dia. "mengapakah hari ini terlalu bahgia?" bisik hatiku.
"enol, subuh!" macam suara bapak aku? terus hati aku tertanya "subuh??".. cepat2 fikiran waras aku memintas fikiran di bawah sedar aku. "patutlah bahagia sangat, memang saje syaitan xmau bagi aku bangun untuk solat subuh". perlahan2 kelopak mata aku buka. Alhamdulillahillazi ba'dama amatana wa ilaihinnusyurrrr..... langkah kaki ke bilik air terasa berat lantaran keenakan tidur ketika hujan. selesai solat subuh, aku tersenyum sendiri. memang merepek! nges3
