"mak, keknol pegi dulu ye". mak jawab "yelah, hati2 nol. nanti dah sampai sms mak ye!". bila aku dah naik bas, kereta mak dengan bapak bergerak balik. haa, biasenye mase2 macam ni la air mate aku dah bergenang2 kesayuan. bukan tak biasa, dah masuk tahun ke 5. mengada2!
semalam, hari sabtu, aku balik kampung. saja nak menjenguk orang2 kampung plus aku memang nak pulangkan kereta mak yang aku dah pinjam tiga bulan. sampai2 rumah, aku letak barang2 dalam bilik. penat! penat memandu 3 jam berterusan plus penat bercakap dengan tati. aku baring dekat katil sambil tengok syiling.
waktu tu mak masuk bilik aku. tiba-tiba terkeluar soalan cepu emas yang dah letih aku dengar. "bila nak bertunang nol?".. aduuhhh, ape mak ni. dengan malas2 aku tanya balik kat mak "kena bertunang ke?". harap2 mak faham dan takkan tanya lagi. "eh? nak kawen terus ke?".. ya Allah mak!! terkedu aku dengar soalan tu. terus aku duduk, aku pandang muka mak. "nak kena kawin ke mak?" aku tanya. rasa nak gelak pun ada. berdebar2 pun ada. "mestilah! kan sunnah tu". aku diam je dengar soalan mak.
petang tu mak ajak teman pergi pekan. sungai besar la yang paling dekat pun. nak cek duit tukang kebun katenye, takpe la aku bawak je la mak pergi sana. lepas tengok duit tu, dia ajak pergi kedai baju. oh, baru gaji rupenye. bila jalan2 dekat baju kurung yang dah siap, kami pun duk belek la baju mana yang cambest di mata masing2. tiba2 mak aku panggil tunjuk 1 baju. cantik sangat. "nanti enol nak sarung cincin, mak belikan yang camni je. senang, dah siap. cantik pun cantik!". dusss!! tak abes lagi rupenye angan2 mak aku. yang takbest nye disini ialah, aku yang tak sedap hati. adoiiii...
batul kata wak aku, umur2 anak dara macam aku ni, mak2 memang dah risau kalau anaknye belum kawin. jangankan kata kawin, pakwe pun takde. aku? jawapan aku mudah. aku serik! setakat ni, malas nak layan soklan2 macam tu. tak kisah la daripada siapa pun. kalau ditanya, senyum sudah. ingat cari laki ni macam beli buah2an tempatan kat pasar ke? buah2an yang senang nak jumpa dan ada kat semua tempat. bukan aku memilih sangat pun. cuma taknak perokok dengan penipu je.
kalau kahwin tu sunnah, membunuh diri tu haram. contoh, kalau kita dah tau bakal suami adalah perokok tegar, at least mintak berhenti sebelum kawin. kalau taknak, aku rela tak kawin der. dah tau asap rokok tu akan bunuh kita perlahan2, buat ape duk lagi dengan perokok kan? bagi aku, itu termasuk dalam suicide. thats just my two cents. dan kalau penipu, kalau dah kenal 3 @ 4 bulan, dah buleh detect dah sikit2. bagi aku la. terlalu susah hidup kita bila dah terjumpa penipu ni. aku dah pernah rasa.
ntah, sekarang dah macam takde feel lagi ke arah tu. mungkin setahun dua lagi ada. mungkin. biarlah masa yang tentukan, harap mak boleh faham dan sabar.
ntah, sekarang dah macam takde feel lagi ke arah tu. mungkin setahun dua lagi ada. mungkin. biarlah masa yang tentukan, harap mak boleh faham dan sabar.