bismillah..
esok ialah hari isnin, hari kerja. jujur je aku kata, sangat malas nak pergi kerja. Allah, godaan syaitan ni memang tak pernah berhenti. bukan apa, kerja bukan tak seronok. kerja seronok je, ok takde masalah. orang2 & staf2 area tu pun oke je. baik, takde plak yang kerek.
tapi biasa la manusia, bila dah lama2, mula la nak tunjuk perangai masing2. aku dengan perangai aku, yang lain pun dengan perangai masing2. masalah aku, tempat yang aku duduk itu teramat la sangat sejuknye. dua aircond yang aku pasti die nye blower sebesar pemeluk setiap satu, fully opened, tuju kat kupla aku ini. rasa macam nak pakai snow cap je, tapi orang kata ape pulak kat aku nanti, bajet kat Quebec ke?
aku memang tak boleh la dengan sejuk2 sangat ni. badan aku ni boleh terima kesejukan tahap 20 derjah celcius je. kurang pada tu, memang tak berapa nak boleh la. then, bibir aku sampai pecah-kering-pedih tahap apa dah. badan kering, nak kena minum banyak air. da minum banyak, sejuk2 gitu kompem ngulang tandas je. aduuiii.. kelam kabut rasenye.. kerja opkos melambak. kadang2 aku rase aku lagi bizi dari exec kat situ sebab kadang2 aku jeles dengar diorang borak2 padahal aku terlalu fokus dengan kerja aku tapi tinga tak fokus mana pon. itu memang masalah aku la.
yang masalah staf plak, aku bengang ngan sorang je. memang aku keje bawah beliau. bulan2 awal, kerja aku memang boleh lagi nak toleh kiri kanan dengan kerapnya. dan kerja2 aku sentiasa in order yang mana aku tak perlu terlalu berat berfikir. biasa la budak baru kekdahnye. tapi bila macam da lama sikit, kerja yang dia bagi kat aku mula la macam2. aku tak kisah pon kalau nak bagi kerja, lagi aku suka ada kerja daripada melangut takde kerja. tapi dia suka bagi aku multitask yang bertask-task. mostly urgent. haih~\
dengan kerja2 semasa yang kena buat daily, then aku kena siapkan satu kerja dia yang tertangguh lama. dua bulan punya kerja. sebulan tu pon dah hazab sungguh aku menyiapkan, nak kena siapkan yang lagi sebulan punya pulak. dah tu kalao bole tak payah buat ot, siapkan masa waktu bekerja jugak! hmm, aku pun tak kisah tak o.t, tapi kerja tu memang lambat la siapnye. keje senang, tapi leceh.
ape2 pon, aku pun malas nak berkira sangat. ikhlas kan je la hati ni bila bekerja biar aku tak stress sangat. senyum sentiasa tu pun salah satu psikologi untuk diri sendiri. on positive side, memang kerja bank kelam kabut kot, so kena la biasakan diri dengan kekelamkabutan seperti itu. ujian awal untuk menuju pekerjaan yang lebih baik, insyaAllah. ecehh... yang penting, hutang ptptn aku terbayar. hutang deposit rumah kak adda pon tersangkut lagi neh. adoiii.. bayar2!!