BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

22 Feb 2013

cuti

bismillah..

yeeeehaa!! esok cuti. suka la aku nak cuti ni. mau nye tak suka? kalau ko tak suka hari cuti, baik la pergi check kat pakar masalah jiwa. sesuatu tu. haaa.

aku suka la cuti, walaupun hari jumaat nan sehari. penat kerja enam hari, cuti sehari tu sangat la bermaknanya. banyak kebaikan cuti hari jumaat ni. first, teringat nak potong kuku. sunat oke potong kuku hari jumaat. kalau jalan, shopping mall lengang la siket kot berbanding sabtu ahad sebab orang lain masih kerja hari jumaat. parking pun senang. haaa. 

arakian (?) yang tak bestnya cuti sehari - bukan tak best cuti hari jumaat - semua benda aku nak buat dalam masa sehari ni. nak jalan sini la, jalan sana la. nak beli itu la, beli ini la. nak makan itu la, makan ini la. nak stalk budak pulau la, main gitar la. aku dah lama tak belek gitar tu weiii!!! jari pun dah lembut balik, tekan string rasa pedih macam mula2. aduiii.

kalau balik kampung lagi la, sehari tu la nak buat semua yang best kat kampung. rasa hidup agak berterabur di sini oke. tapi bila fikir balik, bertahan! bersusah susah dahulu, pendapatan. bersusah kemudian, mendapat la jawabnye. In Shaa Allah, buat sehabis baik. ape omputih kata? what comes around goes around? tak reti la, tapi nak cakap gak!

oke la, man jadda wa jada. wa zara'a hasoda? haaa, tu dia kate nye. bila cakap arab ni teringat pulak aku ade sorang budak kat tempat kerja aku ni, asal jumpa aku dengan tati je musti nak suruh kami cakap arab. sebab dia kata sepatutnya kami boleh cakap arab sebab kerja dengan negara arab. eleh~ perli la tu sebab nampak sangat muka aku jawa tak reti cakap arab. hado haku kesah? hee

ahh, esok cuti. plan pergi midvalley amik buku yang deeya order kat mph. ura2 dengar esok dah dapat gaji. rasa nak rembat lawak kampus yg hard cover. cam best jugak! nak makan ape eh? dapat big apple pun syok gak. nasik lori tepi mydin pudu pun macam layan. kadang2 teringat gak makan kat 'lorong' masa kerja rhb dulu. ah, dasar perot besor! dah, tidur2! supaya esok bertenaga nak berjalan. i'm quit on driving on holiday~ haks.