bismillah.
ape yang ada pada dua ribu empat belas? macam2 ada. apa yang aku mahu pada tahun dua ribu empat belas? tak banyak.
aku mahu, mak bapak aku sehat sentiasa. aku mahu jadi orang yang selalu bersyukur. bukan ke kalau bersyukur tu Allah akan tambahkan nikmat dan rezekiNya? aku mahu iman yang lebih baik. hidup yang lebih baik (ini sesuatuuuu sangat.. haha)..
aku mahu kawan2 aku semua sehat n murah rezeki. aku mahu orang sekeliling (yakni jiran tetangga serta opismate juga housemate) bahagia selalu, murah rezeki.
apa yang aku pasti, andai tahun ini tahun terakhir aku hidup didunia, aku mahu aku tetap dalam iman dan Islam. amin ya Rabb~