BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

10 Jun 2012

betulkan silap

bismillah,

harini ku dengan beberapa kawan2 kat kL turun hutan melintang bagi memenuhi majlis akikah anak sulung pensyarah kami. gerak dari kL pun dah tengahari, sampai rumah lecturer pun haruslah dah petang.

nak dijadikan cerita, ku ngan kawan2 sampai kat KL pun dah malam. masing2 lapar kot sebab masa kat kenduri tadi masing2 malu nak menambah. ku memang tamau menambah nasik sebab dorang kata ku dah makin gemuk! huaaaaaaa~ perempuan, bila dikata gemuk, rilek di muka tapi sentap di hati oke. heh!

so setelah letih mesyuarat nak makan kat mana, kami pun decide nak makan kat kedai riang-riang. tengah2 duk bersembang tu kami pun bercerita pasal kisah2 lama. tiba2 pulak keluar tajuk bab kenduri kawan2 dan masa tu lah keluar cerita ku bersama2 etun bergaduh dengan ayim sebab bengang pasal kereta. hua3.

sungguh ku menyesal kot sebab terlalu ikutkan hati masa tu. ku ni bukanlah jenis yang cepat sangat ikutkan perasaan, tapi disebabkan masa tu sangat2 bengang (mungkin PMS kot), bengang bergaduh sampai ku block budak tu dari FB ku. masa tu memang rasa puas hati sangat. dan masa tu setan pun dah berpesta ria minum todi meraikan kejayaan dorang. keh3

masa terungkit balik cerita tu, sungguh ku takmau dengar. ku tutup telinga, jolok pakai jari! malu kot. pastu memang ku mintak maap live la dengan ayim. ku harap die maapkan je. ku tau die bukan jenis nak kecik ati sangat. hehehe. memang la pengajaran buat ku, xperlu nak emosi sangat lah kalau bergaduh dengan manusia lain. memang dah perangai die camtu, dikisahkan sangat memang tak bawak kemana la. idup pun jadi payah. kan?

so, pengajaran kat sini kalau pernah buat silap sila betulkan. jangan jadi lagi masa akan datang. orang mukmin takkan terjatuh pada lubang yang sama dua kali. berfikir sebelum bertindak and late is better than never. peace ya!