ku ingat lagi, ku buat keputusan untuk pindah rumah sewa bagi tempoh sebulan. sebulan je sebab kutak mampu nak menampung diri ku sendiri nak berulang dari KL-shah alam. letih gila kot, hari2 menghadap jalan jem bersaorangan. awalnye memang ku macam nak kena pindah ke? rasa macam sebulan tu tadelah lama mana pun, ape salahnye ku bertahan je duk kat pantai dalam tu? kawan2 rumah pun da lame sangat kenal. kawan2 praktikal tu berapa lama sangat la kenal. kalau yang sama kursus halal kat UKM tu memang dah kenal 10 hari. 10 hari beb? takkan kau kenal hati budi masing2 oke. yang dah kenal 5 tahun pun kadang2 kau tapaham perangai kawan kau sendiri.
tapi ku fikir sekali lagi. pertamanya, kos perjalanan ku berulang, minyak ku dah kira dalam seminggu tu paling kuat pun 30heng. tol batu 3 dah 1.10sen sekali lalu, pegi balik 2.20sen. 20hari (hari bekerja dalam sebulan) dikalikan dengan 2.20sen tu bersamaan 44heng. kau kira la sendiri, malas kunak kira. sewa rumah makan minum api air bagai. elaun 500heng je. ini la orang baru nak belajar idup, 500 pun da xpe. tapi bila ku kira kalau ku duk shah alam dengan orang2 yang kutak berapa nak kenal tu, sewa rumah je dah 200. minyak kereta kudah kire lebih kurang separuh la perjalanan ku kalau dr KL. ku congak2 macam lebih kurang je. tapi ku pikir balik, ape salahnya dalam sebulan tu je ku cuba duk dengan dorang. biasa beb, hidup memang ada risiko.
alhamdulillah, oke sangat ku rasa bila duduk kat sini. g giant ngan stadium kulit kerang ni jalan kaki je. memang dekat, tapi sebenarnye bukan tu yang ku nak cerita. hehe. rumah ni memang luas la, apartment kan. memang sesuai la dengan harga sewa dia 1200heng sebulan. ku teringat dekat rumah vista angkasa yang ku dengan membe2 penah kene tipu dulu. luasnye ku rasa sama je atau lebih kurang la cincai2. heh! bilik air pun ada dua, and ku sebilik dengan budak yang paling junior sekali dalam rumah tu. tapi budak tu memang lebih matang daripada ku. nama die farah.
3 menggu ku duk kat sini, minggu pertama ku ingat meter minyak ku rosak sebab bar minyak tak turun2. setakuk pon tak turun. pelik! sampai jumaat baru turun setakuk yang mana biasenye kalau isi 10heng, naik setakuk. means, semenggu baru 10heng duit minyak. tol tade dah. minyak lak tuang2 6 orang. enam orang wei tetiap hari ku sumbat kat tenggiling ijau mak ku tuh. bising gak orang tua tu. hehe. ku doa kan je tenggiling tu sehat sebab kami semua ikhlas g keje. =p
budak2 rumah sewa pun memang oke sangat. duk 3 minggu dengan dorang ni, da bleh rapat macam dah rapat 3 bulan. semua buleh bawak berbincang dan jenis tak berkira. mungkin jugak sebab dah bulan2 terakhir. ntah! kepala semua memang boleh masuk sangat. sama2 masuk air, angin, minyak bagai. seronok! memang pengalaman la duduk dan hidup dengan orang baru. tak semua teruk kan? tapi seronok2 ku kat sini, tapenah ku lupe kat kawan2 KL tau. ku ngan dorang masuk 5 tahun kot. sentiasa ada dalam doa2 ku supaya dipermudahkan jodoh mereka2.
jannah, rakan sebaya, budak ni dah ada master. ada degree ngan master dari ukm. ku kenal mula2 die ni masa ku kursus halal dulu sebab die adalah urusetia. tak sangka plak bleh tempat praktikal sama. budak nampak lemah lembut dan budiman, manja siket. tapi ade gak kadang2 side garang dan ganas die kuar. die adalah saorang ceti dalaman bagi rumah sewa. hehe.
ina, rakan sebaya. bekas pelajar uitm shah alam. budak ye kurus je, tapi berat. die kata die berat tulang tapi die la yang paling rajin buat serapan pagi berbanding ku yang ringan nih. heeee. tak banyak cakap sangat tapi seorang yang serba boleh.
izzah, muda setahun. rupanya budak um jugak, sains gunaan tapi memang tak kenal la kan. tapi muke die agak familiar la bagi ku sebab sama akademi kot. sangat3 ceria happy go lucky. budak2 rumah panggil die izah propa sebab biasenye cerita2 hot kat opis, die tau dulu. mata die tajam walaupun kecik, telinga die peka walaupun bertudung. aktif kat opis, kalau ku tapaham ape2, tanye die, insyaAllah buleh jawab. dan kalau die gelak, die sendiri rasa macam pontianak yang gelak. hesh!
dila, muda setahun gak. lulusan degree dari kaherah mesir dalam bidang syariah. sama batch dengan ku masa kursus halal haritu. masa mula2 nampak die dulu, nampak macam susah sangat nak bercampur dengan orang, tapi bila kau dah kenal, perangai die 75% sama dengan izah. banyak benda tak makan, ceria & kuat gelak. cuma die kurang propa je. hua3
farah, budak yang paling muda antara kitorang. tinggi macam model bak kata nasha aziz. sangat suka masak sampai kami gelar die master chef, open minded dan kelakar. die paling suka kalau mengusik dila sampai la akak die tu menjerit. masa tu die senyuuummmm je tanda puas. selang 10 minit, duk sakat lagi. hadoiiii...
nana ngan wani, bawah setahun, bukan housemate tapi rapat. dorang sama belajar dengan dila. tak sama kursus tapi alhamdulillah sama praktikal. dorang ni ibarat orang yang menjual minyak wangi dan ku sebagai pelanggan yang suka nak cuba minyak wangi yang diorang jual. kalau bab2 agama ni, rujuk je insyaAllah mampu jawab. sama macam dila jugak. budak2 dari sana memang hebat2! bak kata bos, budak belajar kat oxford. tapi derang boleh geng ngan ku sebab perangai lebih kurang.
hmm, tu lah sikit2 kesah berkaitan dengan orang sekeliling semasa yang dekat dengan ku. ku harap ukhuwah 3 bulan ni, akan berpanjangan sampai akhir hayat kami.