BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

14 May 2014

rindu yang dahulu

bismillah

masa ni aku duk dengar lagu Masih Mencintainya. fuhh, memang layan gile. memang aku suka dengar lagu putus cinta ni, sebab tu susah nak lekat jodoh. agaknya la.

well, bila dah layan perasaan camni. aku jadi rindu zaman aku single. I mean, hidup tanpa ada so called 'boyfriend' atau abi atau papa atau whatsoever lah. anyway, sekarang pon aku single lagi (read:  bujang).

aku rasa rindu dengan hidup aku yang dulu, zaman sorang sorang dulu lebih tenang, lebih aman dan lebih bahagia. selalu bahagia. aku hanya fikir apa yang aku nak buat hari ini, gamble je pegi mana2 keluar dengan sapa sapa. bila mak aku tanya pasal perjodohan, senyum senyum saje aku menjawab. fikiran aku relax. macam angin sebelum hujan. sejuk dan damai.

bercinta?  kau bermain dengan perasaan. ya, kau bahagia. tapi sekejap saje. listen, sekejap saje. ini bagi aku. bila kau ada dengan dia sahaja kau akan rasa bahagia tu. itu pun kalau tak ade krisis. kalau tengah krisis, harus la perasaan nak melanding kaki dan tangan di wajah pasangan tu ada. kalau kau tak kuat hati, tak teguh perasaan. mungkin kau boleh kecundang.

kalau berjauhan, asyik nak fikir apalah yang dia buat sekarang. hati asyik tertanya, aslikah kasih sayang dia?  tulenkah cinta dia terhadap kau? setiakah dia sahingga ke hujung hayatnya?? nak nak jenis pasangan  yang jenis tak berapa nak layan, bole meroyan. kalau asyik difikirkan, boleh jadi benak.

jalan mudah yang kau patut ambik, buat tak tahu. jangan stalk fb beliau. jangan tengok last seen beliau kat whatsapp. sibukkan diri kau. semakkan kepala kau dengan benda lain. tengok concert ft island yang dah kau download. solat. ngaji. banyak istighfar. doa moga dimudahkan segalanya.

doa moga ditemukan encik pelengkap hidup. kalau sempat. supaya hati kau lebih damai. fikiran lebih tenang. perasaan lebih bahagia. hidup ni sekejap. carilah bekalan buat pendamai diri di hidup yang abadi.

ighfir dzunubi Ya Rabb.