BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

20 May 2014

siapakah gerangan??

siapakah gerangan beliau itu??

aku ada perasan satu budak. entah budak, entah sebaya, entah lagi tua. tapi mungkin bawah sikit dari aku. selalunya aku nampak dia dekat surau.

aku selalu tengok budak tu. aku suka tengok budak tu. muka dia. kening dia. bentuk badan dia. boleh kata perfect. jerawat, orang kata pemanis muka. dia tak lawa, tapi dia manis. sound like aku ni lesbian kan?  giler kau?  i am NOT!!!

muka dia, mula2 aku perasan macam isz. isz adalah one of team mate aku. senior in scope. and sifu aku sebenarnya. aku rasa style dorang sama. bentuk muka pun sama. mula2 aku ingat dia kembar si isz tu. tapi setelah beberapa ujikaji dibuat, aku yakin dorang takde kena mengena.

dari semasa ke semasa, aku perhatikan je budak ni. dia adalah budak yang freehair yang selalu aku nampak kat surau. selain si galah yang macam kwangsoo tu. ye, dressing pun macam orang freehair yang mempunyai bentuk badan sportwoman. blause pendek takat atas punggung dan seluar slim fit yang memang exactly fit actually.

last month, aku rasa perang kat rambut dia macam dah tak banyak. makin pudar orang kata. then, aku macam dah lama tak nampak dia. maybe aku pun uzur, tak naik surau. kalau tak salah aku, khamis lepas aku nampak dia dalam surau. lepas je solat dia ambik kain depan sejadah dia.

ya Allah, dia da start pakai tudung. aku nampak dia terkial2 pakai tudung. hembus nak bagi awning tu cun, jangan kira la. bagai nak meniup belon panas naik ke udara. tapi, dia cuba jugak. and hasilnya, memang dia sangat lawa, cute. aku memang da ringan sangat mulut nak puji dia. tapi tak jadi sebab ramai orang. lain kali mungkin.

harini, aku nampak lagi budak tu. blause labuh sikit daripada kemeja yang dia selalu pakai. and pinky. comel siut. aku tak tau la kenapa, aku yang bahagia. hahaha. cam pelik gak senanye. well, berharap sangat one fine day aku boleh borak dengan beliau. bukan salah kalau menghubungkan silaturrahim. tak gitu??